Sunday, June 13, 2010

Sejarah Perhentian

Orang Malaysia suka melancong luar negara...shopping luar negara...padahal kat Malaysia banyak tempat yg cantik2...LEBIH cantik dari luar negara pun ada...Tak percaya pergi tengok kat PULAU PERHENTIAN... kalau sesapa pergi sekali pasti terpegun dgn keindahan laut, pantai, coral, ikan, penyu dan bermacam - macam spesies hidupan laut yang ada kat Pulau Perhentian..

Lebih 15 tahun dulu, pulau ni tak ubah hanya kampung nelayan sahaja...orang kat sini kebanyakannya pergi kelaut tangkap ikan..ada yang pakai pancing..ada yang pakai pukat..ada yang pakai bubu..hasil laut masa tu boleh kata cukup tuk sara keluarga masing2...boleh kata awal pagi diaorang keluar kelaut..petang baru balik..malam duk rumah...tu je...tiba musim tengkujuh bagai tertutup dgn dunia luar...nak ke tanah besar tak boleh...ombak besar, angin kencang...nak kelaut tengok cuaca baik dulu baru boleh pergi..aktiviti masa ni diaorang baiki pukat, baiki bot...lepak kedai kopi..bagi anak2 muda, masa ni diaorang berhijrah ke tanah besar..ada yang kerja..ada yang melancong..ada yang lepak je...Habis je musim tengkujuh diaorang balik ke pulau kerja macam biasa...macam nilah kehidupan di pulau silih tahun ke tahun...

Tapi tu DULU...sekarang ni semua berubah..kalau dulu diaorang tangkap ikan tak payah beli tapi sekarang diaorang kena beli ikan kat tanah besar...mengapa eh? sebab takda lagi orang kampung kerja tangkap ikan..dah tak ada lagi pukat,bubu atau pancing... Ni semua adalah kerana pulau ni telah dikenali di seluruh dunia..Tak salah kalau dikatakan orang luar lebih kenal dulu pulau ni daripada kita orang Malaysia..Chalet2 dan resort2 tumbuh bak cendawan sebab ramai mat saleh dan minah saleh datang ke pulau ni...diaorang datang sebab pulau in amat cantik..sejak daripada tu barulah orang - orang Malaysia datang..tu pun hujung minggu dan cuti umum..tapi takpa sekurang kurangnya pulau ni dikenali juga....

Semoga pulau ni membangun lagi...

No comments:

Post a Comment